Sunday, August 7, 2011

Kesimpulan

Alam ini tidak hanya didiami oleh manusia atau makhluk-makhluk zahir sahaja, malah Allah SWT menjadikan alam ini sebagai tempat tinggal makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Islam menuntut agar umatnya sentiasa melindungi diri daripada syaitan sebagaimana doa yang selalu dibaca, yang bermaksud, "Saya mohon perlindungan daripada Allah SWT daripada syaitan yang direjam". Al-Quran telah menjelaskan dalam surah Sad ayat 41 yang bermaksud," Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba kami Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata,"Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kepayahan dan seksaan penyakit."

Kisah Nabi Ayub yang menghadapi penyakit fizikal yang sangat dasyat ini adalah berpunca daripada sentuhan atau gangguan syaitan. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 102 mengisahkan tentang ilmu sihir yang diajarkan oleh syaitan kepada manusia. Ilmu sihir tersebut hanya boleh membawa kemudaratan dan tidak memberi sebarang manfaat pun kepada manusia.

Rasulullah S.A.W. turut memohon dalam doa baginda dengan menyebut suatu ayat iaitu, " Memohon perlindungan dengan Allah SWT daripada gangguan syaitan yang boleh menyebabkan kesakitan."

Berdasarkan dalil al-Quran dan hadis yang disebutkan membuktikan bahawa mahkluk halus berupaya melakukan perkara-perkara yang mendatangkan penyakit kepada anak Adam sekiranya diizinkan oleh Allah SWT.

Oleh itu, kita sebagai hamba Allah perlu berlindung kepada Allah dan segera bertaubat dan beristighfar kepada Allah untuk menghadapi gangguan syaitan. Oleh itu kita haruslah mengetahui metod untuk mengatasi kejahatan-kejahatan makhluk halus ini menurut panduan al-Quran dan as Sunnah. Jdikanlah ayat-ayat al-Quran, hadis, zikir-zikir dan doa-doa sebagai hafalan dan amalan untuk menjaga diri dari gangguan makhluk halus yang durjana.

No comments:

Post a Comment