Thursday, July 28, 2011

TITAS

RAHSIA ALAM JIN DAN SYAITAN

Manusia yang beriman kepada Allah dan rasulnya akan meyakini kewujudan makhluk alam ghaib yang tidak mampu kita lihat mahupun dikesan oleh pancaindera kita yang lima. Makhluk yang dikenali sebagai jin dan iblis serta syaitan itu juga diertikan sebagai mahkluk halus kerana sifatnya yang tidak dapat dilihat secara fizikal oleh pandangan mata kasar.

Perihal perkara sami’yat perlulah menjadi kepercayaan orang-orang yang bertakwa. Firman Allah Taala di dalam surah al Baqarah ayat 1-3 yang bermaksud:

“alif, lam, mim. Kitab al Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datang daripada Allah dan kesempurnaanNya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”

Rujukan kepada al Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad SAW akkan menemukan kita kepada istilah-istilah yang sama. Al Quran menyebut syaitan atau syayatiin, jin atau Jinnah, qarin, Ibis, Ifrit dan sebagainya. Dalam hadith yang sahih kita akan berjumpa dengan istilah Ummu Sibyan, Khanzab, aamir, ‘Ammar, Alwalahan, Mukhannas dan Mukhannathuun. Semuanya merujuk kepada wujudnya makhluk-makhluk halus ataupun roh-roh jahat yang menggangu manusia dengan pelbagai cara.

Asal usul jin berdasarkan dalil yang termaktub di dalam al Quran dalam surah ar Rahman ayat 15 bermaksud:

“Dan Dia (Allah) menciptakan jin daripada nyalaan api.”

Al Hijr ayat 27 bermaksud:

“Dan Kami (Allah) menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”

Al A’raf ayat 12 bermaksud:

Allah berfirman “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud ( kepada Adam) pada waktu Aku menyuruhmu?” iblis menjawab “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya daripada api sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah.”

Jin terdiri daripada kepelbagaian kaum dan puak. Menganut pelbagai agama seperti Islam, Kristian, Yahudi dan sebagainya.

Diriwayatkan dalam sebuah hadith dari Abu Tha’labah RA telah berkata: bahawa Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud:

“jin itu mempunyai tiga jenis; satu jenis yang mempunyai sayap yang berterbangan di udara, satu jenis yang berupa ular dan anjing dan satu jenis yang berpindah randah.”

Jin tinggal di tempat-tempat seperti:
1.Tempat sunyi dan sepi daripada manusia.
2.Tempat yang kotor.
3.Tempat-tempat yang berlubang

Makanan dan minuman jin adalah seperti:
1.Tulang.
2.Kotoran binatang.
3.Asap.

Kewujudannya yang menjadi acaman kepada kehidupan manusia telah diperakui dalam catatan sejarah penciptaan manusia sepertimana terkandung di dalam Maidatur Rahman; al Quran al Karim. Bapanya yang asalnya bernama Azazil telah bersumpah di hadapan Allah Taala dengan keegoaannya untuk memusnahkan anak Adam yang kemudiannya menerima laknat Allah lantas dipanggil iblis. Kebelakangan ini, kita dapati dan telah mula menyedari peningkatan kes yang dikaitkan dengan penglibatan secara langsung makluk ini dengan pelbagai gangguan serta penyakit. Antaranya, termasuklah kes-kes kerasukan, barah yang ganjil, sakit pada anggota badan yang tidak dapat dikesan oleh pakar perubatan serta peralatan moden pada zaman ini.

Hakikat makhluk-makhluk halus merupakan suatu realiti yang wujud dan kebolehannya menguasai manusia dan kebolehan manusia mengatasi makhluk tersebut dijelaskan di dalam al Quran yang di tafsir dalam kitab-kitab tafsir yang muktabar. Ini menunjukkan betapa banyaknya makhluk ini berkongsi hidup dengan kehidupan manusia di alam ini. Pengetahuan dan pendedahan kepada alam ghaib semakin tidak dipedulikan dan dianggap perkara yang remeh ,fantasi dan mitos semata-mata. Ia adalah lantaran terpengaruh dengan ideologi Yahudi yang menolak keimanan kepada perkara ghaib seperti rasionalisme, sainstologi dan sebagainya.

Jin dan manusia ini sentiasa bermusuh-musuhan dengan pelbagai cara digunakan oleh kedua-duanya dalam strategi untuk mengatasi antara satu sama lain. Maka, al Quran adalah sumber perubatan Islam yang terulung berdasarkan kepada 6 perkatan as Syifa’ di dalam al Quran beserta dalil.

Firman Allah Taala di dalam surah al Isra’ ayat 82 bermaksud:

“Dan Kami turunkan dari al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

Al Hadith sepertimana pernah pada suatu peristiwa yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW pernah masuk ke dalam rumahnya ketika beliau sedang diubati dan dijampi oleh seorang wanita, lantas Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Ubatilah ia dengan Kitab Allah (al Quran)”

Adakah makhluk halus berupaya mendatangkan kesengsaraan kepada manusia seperti penyakit? Al Quran menjelaskan dalam surah Sad ayat 41 yang bermaksud:

“Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba kami Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata, “Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kepayahan dan seksaan penyakit.”

Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih, khususnya darpada al Quran dan al Sunnah bahawa Allah menjelaskan makhluk halus seperti jin, Ifrit dan sebagainya boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada anak Adam dalam situasi tertentu. Dalam sebuah hadith sahih menceritkan syaitan dan suku-sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila.

Dalam hadith lain riwayat Muslim mengisahkan tentang seorang pemuda yang baru berkahwin menyertai Rasulullah SAW mengorek parit dalam peperangan Ahzab. Pada waktu tengah hari beliau memohon izin daripada Rasulullah SAW untuk pulang, namun Rasulullah SAW keberatan utuk mengizinkannya. Namun atas desakannya, dia diizinkan oleh Rasulullah SAW. Bagaimanapun Rasulullah SAW mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata.
Apabila sampai di rumah, beliau mendapati isterinya berada di luar rumah. Dilihat di dalam rumahnya ada seekor ular hitam yang besar lalu pemuda tersebut terus menusuk ular itu dengan tombaknya. Ular itu menggelupur dan dengan tidak semena-mena, pemuda tersebut turut menggelupur. Akhirnya ular dan pemuda tersebut menemui ajal.

Suatu peristiwa lain, dalam Musnad Imam Ahmad. Ya’la bin Murrah menceritakan sebuah kisah daripada bapanya. Suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit al-lamam (akal yang bercelaru atau gila). Rasulullah SAW merwatnya dengan membaca sesuatu lalu baginda Rasulullah SAW menepuk belakangnya. Pemuda itu memuntahkan objek kehitam-hitaman dan objek itu terus menghilang. Selepas itu, pemuda ini kembali siuman seperti biasa.

Antara punca-punca persengketaan yang disebabkan oleh jin:
1.Jin lelaki yang jatuh cinta kepada manusia dan begitulah sebaliknya.
2.Kezaliman jin yang sengaja mencari permusuhan dengan mengganggu manusia.
3.Hasad dengki jin terhadap manusia yang mempunyai kelebihan berbanding mereka.

Antara punca-punca yang disebabkan oleh manusia:
1.Tindakan zalim manusia terhadap golongan jin seperti tersiram air panas yang memudaratkan jin.
2.Sikap manusia yang takkabur dan bermulut lancang sehingga mengguris perasaan sesetengah jin.

Keadaan manusia yang memudahkan jin memasuki tubuh badab manusia, sebagai contoh:
1.Terlalu marah
2.Terlalu takut
3.Nafsu syahwat yang sangat tinggi
4.Terlampau lalai
5.Manusia yang banyak mempelajari ilmu agama dan sentiasa taat kepada Allah Taala.