Sunday, August 7, 2011

Pengaruh Jin Dalam Kehidupan Seharian

PENGARUH JIN DALAM KEHIDUPAN HARIAN

KERIS DAN KEPERCAYAAN KHURAFAT
Keris sememengnya begitu sinonim dengan orang melayu. Ia mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam kehidupan masyarakat pada zaman dahulu sebagai senjata utama pendekar dan pahlawan melayu. Malah keris juga menjadi identity sesuatu suku di mana seseorang itu dapat dikenali dari suku atau Negeri mana hanya dengan melihat rupa bentuk kris yang dipakai.
Berbagai-bagai cerita lagenda tentang keris kita dengar. Antaranya keris Taming Sari dimana siapa sahaja yang menggunakannya tidak akan boleh dikalahkan. Ada juga keris yang diceritakan boleh terbang. Ada juga keris yang diceritakan akan bergegar apabila berlaku sesuatu yang tidak baik. Ada juga pemilik keris atau ahli keluarganya akan ditimpa sakit sekiranya keris itu terbiar atau tidak di”mandikan” mengikut masa-masa tertentu.
Secara umumnya keris itu hanyalah besi biasa sahaja. Cuma ia dibentuk menjadi sedemikian rupa mengikut kemahiran tukang besi yang membentuknya. Dihiasi pula dengan ukiran pada hulu keris dengan lambang-lambang tertentu. Tetapi bagaimana keris-keris tersebut dikatakan mempunyai hikmat dan kuasa-kuasa tertentu?
Ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh kepecayaan orang melayu zaman dahulu. Sama ada pada zaman purba yang berkepercayaan animisma atau pada zaman sebelum islam di mana kebanyakkan mereka menganut agama hindu. Pada dua zaman ini kehidupan mereka amat berkait rapat dengan pemujaan dan penyembahan. Maka tidak terkecuali pada keris yang menjadi alat senjata utama ketika itu. Mereka memuja keris tersebut bagi mendapatkan hikmat dan kelebihan-kelebihan tertentu. Ini termasuk mengasap kemenyan, membasuh (memandikan) dengan limau da nada juga yang disemah dengan darah.
Ini sebenarnya adalah kerja pemujaan jin dan syaitan. Apabila dipuja maka jin dan syaitan akan menjadi khadam kepada keris tersebut. Sebab itulah itu dikatakan keris tersebut boleh terbang atau bergerak-gerak sendiri. Ia seolah-olah ada hikmat yang dapat membantu pemilik keris menjadi seorang pendekar terulung yang amat sukar ditewaskan. Tetapi itu semua dalah bantuan makhluk ghaib tersebut. Maka apabila orang sudah mengakui keris ada kuasa-kuasa tertentu maka ia sudah syirik kepada Allah. Inilah matlamat syaitan untuk menyesatkan manusia.

KUDA KEPANG DAN MAIN BUBU
Kuda kepang adalah permainan rakyat yang begitu terkenal di Johor. Asas kepada permainan ini ialah satu model kuda iaitu kepala, leher, dan badannya yang diperbuat daripada kulit atau kotak. Model ini ditunggang oleh orang terlibat dalam permainan tersebut . Terdapat beberapa orang terlibat dalam satu-satu persembahan kuda kepang ini. Mereka akan menari tarian kuda kepang yang akan diiringi oleh muzik tertentu.
Kemuncak persembahan tersebut ialah apabila penunggang tersebut “pejam mata” dan tidak sedar diri. Tetapi dalam keadaan tersebut mereka masih boleh menari dan jika ada penonton yang bersiul mereka akan melompat tinggi kearah orang yang membunyikan siul tersebut. Ketika ini suasana akan dikawal oleh beberapa orang dalam kumpulan tersebut. Apabila ada yang membahayakan mereka akan ditangkap dan dibacakan sesuatu sehingga ia sedar dan serta merta keletihan. Begitu juga kesudahan persembahan tersebut apabila semua yang terlibat disedarkan dan semua mereka terbaringg keletihan.
Persoalan yang menyelubungi budaya ini ialah kuasa siapakah yang berperanan apabila orang tersebut pejam mata (tidak sedar diri)? Mengapa orang tersebut akhirnya perlu disedarkan? Dan bagaimana mereka yang begitu gagah, tangkas, dan aktif di gelanggang tiba-tiba jadi lemah longlai apabila disedarkan?
Hal dan keadaan mereka ini ada persamaanya dengan mereka yang dirasuk oleh jin. Oleh itu apakah ini juga merupakan kerja-kerja jin yang dipuja untuk masuk kedalam orang yang menjayakan aktiviti tersebut.
Begitu juga dengan tradisi memuja bubu di perak. Ini satu budaya masyarak nelayan yang pekerjaan mereka menagkap ikan. Oleh itu pada masa-masa tertentu merekan akan mengadakan majlis memuja bubu untuk mendapatkan tangkapan yang banyak. Dalam upacara tersebut sebuah bubu didirikan kemudian ditutup dengan kain kuning. Setiap penjuru kain itu dipegang oleh seorang nelayan. Setelah dibacakan mentera tertentu maka bubu tersebut menari-nari , melompat, melenggok ke kiri dan kanan dan sebagainya.
Siapakan yang berperanan menggerakkan bubu tersebut sedangkan ia dibuat hanya dari bilah-bilah buluh dan muncungnya ditutup dengan tempurung? Ia tentunya digerakkan oleh makhluk ghaib yang manusia tidak Nampak. Tetapi mustahil malaikat yang melakukannya kerana mereka sudah ada tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Allah.

TUKANG TILIK
Tukang tilik dan ahli nujum adalah golongan manusia yang menggunakan jin dan syaitan untuk mendapat kepentingan duniawi. Golongan ini mendapat bisikan daripada jin dan syaitan yang mampu menyesatkan akidah mereka. Al-syeikh Mohd Mutawalli al-sya’rawi menjelaskan pengetahuan jin tentang perkara ghaib bukan pekara yang akan datang kerana mereka boleh bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan cepat dan laju. Secara mutlak mereka memang tidak mengetahuinya. Secara umum apa yang diperkatakan oleh mereka pembohongan semata-mata. Ini semata-mata mainan tukang nujum/tukang tilik yang mencari peluang untuk mengaut keuntungan daripada mereka yang mempunyai berbagai-bagai masalah sehingga golongan beriman sanggup mengeluarkan wang beribu-ribu ringgit semata-mata untuk mendengar tiupan helah golongan yang tidak bertanggungjawab itu. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya ;- “Tukang tilik dan tukang nujum tetap berdusta walaupun apa yang mereka bawa itu benar”.

PEMUJAAN KUBUR
Kegiatan pemujaan kubur untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri seperti nombor ekor telah lama wujud meliputi semua bangsa. Amalan khurafat ini jelas menyesatkan akidah yang membawa perbuatan syirik.
Golongan jin dan syaitan dipuja agar dapat membantu golongan manusia. Pelbagai cara dan barangan digunakan untuk mendapatkan apa yang dihajati.
Pemujaan ini menyebabkan jin dan syaitan berasa bongkak kerana manusia memerlukan bantuan mereka. Disini golongan jin kafir akan terus menyesatkan akidah manusia.mengiktiqadkan (menyakini) bahawa seseorang itu mengetahui perkara ghaib hasil komunikasi dengan jin adalah berdosa, sesat dan bertentangan dengan akidah islam yang sebenar. Pengetahuan mengenai yang ghaib itu urusan Allah s.w.t semata-mata.
Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang bomoh-bomoh jawab baginda “mereka tidak apa-apa”. Sahabat bertanya lagi “ Ya Rasulullah, mereka mengatakan sesuatu yang kemudian berlaku sesuai dengan apa yang mereka katakana” jawab nabi “kata-kata mereka ada benarnya. Sebab jin mendengarkan berita secara sembunyi-sembunyi lalu menambahnya dengan seratus pembohongan.” Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.
Kubur juga selalu dijadikan tempat sembelihan haiwan untuk memberi jin makan. Binatang yang disembelih itu selalunya bewarna hitam kerana jin sukakan warna hitam. Penyembelihan dilakukan tidak dengan menyebut nama Allah.
Bangkai haiwan tersebut dicampak ke tempat tinggal jin dengan jampi serapah syirik. Setelah itu jin tersebut bersedia untuk menunaikan janji pemuja kubur tersebut. Kadangkala kubur orang-orang soleh tercemar dengan amalan syirik ini.

PAWANG DAN BOMOH
Pawang dan Bomoh sangat terkenal dengan kehidupan masyarakat melayu. Mereka menjadi rujukan ahli masyarakat apabila berlaku musibah atau ditimpa penyakit. Mereka bukan sahaja disanjung kerana boleh mengubati penyakit-penyakit tetapi juga dalam menyelesaikan masalah-masalah masyarakat. Kononya mereka boleh membantu anak-anak dara yang lambat dapat anak, mencari barang yang hilang atau dicuri orang, membuat azimat pelaris perniagaan dan berbagai-bagai lagi.
Kebanyakan Bomoh dan Pawang ini menggunakan kaedah jampi serapah, pemujaan dan menurun dalam perubatan mereka. Ada juga menggunakan keris-keris dan batu-batu hikmat. Tidak ketinggalan dalam pengubatan mereka akan membakar kemeyan . Malah ada juga dalam pengubatan mereka pesakit perlu melakukan sembelihan atau jamuan, bukan kepada manusia tetapi kepada makhluk ghaib.
Daripada kaedah rawatan dan peralatan ynag digunakan Bomoh dan Pawang ini jelas menunjukkan bahawa mereka bekerjasama dengan jin. Asap kemeyan adalah merupakan kegemaran jin. Manakala kaedah menurun jelas mununjukkan jin menyusup masuk kedalam diri manusia. Mereka mendakwa yang hadir itu adalah roh para wali, orang-orang soleh dan sebagainya. Tetapi itu semua adalah pembohongan kerana roh-roh orang telah meninggal dunia berada di alam barzakh. Maka yang hadir itu adalah jin yang mengaku sebagai roh para wali atau orang soleh.
Percaya dan yakin kepada pawing dan bomoh ini sangat bahaya. Hal tersebut boleh membawa kepada syirik. Mereka yang bekerjasama atau menggunakan jin ini pada hakikatnya adalah utusan-utusan syaitan. Mereka menjadi perantara untuk syaitan menyesatkan manusia. Memang kerja syaitan menyesatkan manusia agar sama-sama masuk neraka di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment