Saturday, August 13, 2011

Rujukan

1-JIN: HAKIKAT & PENGUBATAN (DATO' HJ. ISMAIL KAMUS)

2-IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT DENGAN AYAT-AYAT DAN DOA-DOA MUSTAJAB (TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN)

3-MENJAWAB SOALAN MAKHLUK HALUS: KAITANNYA DENGAN PENYAKIT DAN PENGUBATAN (TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN)

4-PERUBATAN ISLAM MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS (SHARHAN BIN SHAFIE; FAKHRUL RIDZHA BIN ABD. RAHMAN)

5-ALAM JIN & SYAITAN SERTA CARA MENGATASI GANGGUANNYA (SYAHRIN NASUTION)

Sunday, August 7, 2011

Kesimpulan

Alam ini tidak hanya didiami oleh manusia atau makhluk-makhluk zahir sahaja, malah Allah SWT menjadikan alam ini sebagai tempat tinggal makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Islam menuntut agar umatnya sentiasa melindungi diri daripada syaitan sebagaimana doa yang selalu dibaca, yang bermaksud, "Saya mohon perlindungan daripada Allah SWT daripada syaitan yang direjam". Al-Quran telah menjelaskan dalam surah Sad ayat 41 yang bermaksud," Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba kami Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata,"Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kepayahan dan seksaan penyakit."

Kisah Nabi Ayub yang menghadapi penyakit fizikal yang sangat dasyat ini adalah berpunca daripada sentuhan atau gangguan syaitan. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 102 mengisahkan tentang ilmu sihir yang diajarkan oleh syaitan kepada manusia. Ilmu sihir tersebut hanya boleh membawa kemudaratan dan tidak memberi sebarang manfaat pun kepada manusia.

Rasulullah S.A.W. turut memohon dalam doa baginda dengan menyebut suatu ayat iaitu, " Memohon perlindungan dengan Allah SWT daripada gangguan syaitan yang boleh menyebabkan kesakitan."

Berdasarkan dalil al-Quran dan hadis yang disebutkan membuktikan bahawa mahkluk halus berupaya melakukan perkara-perkara yang mendatangkan penyakit kepada anak Adam sekiranya diizinkan oleh Allah SWT.

Oleh itu, kita sebagai hamba Allah perlu berlindung kepada Allah dan segera bertaubat dan beristighfar kepada Allah untuk menghadapi gangguan syaitan. Oleh itu kita haruslah mengetahui metod untuk mengatasi kejahatan-kejahatan makhluk halus ini menurut panduan al-Quran dan as Sunnah. Jdikanlah ayat-ayat al-Quran, hadis, zikir-zikir dan doa-doa sebagai hafalan dan amalan untuk menjaga diri dari gangguan makhluk halus yang durjana.

Ilmu dan Kaedah Rawatan Islam Berbanding Perubatan Moden

ILMU DAN KAEDAH RAWATAN ISLAM BERBANDING PERUBATAN MODEN

Perubatan Islam yang diamalkan merupakan sedutan dan kaedah yang mengambil sumber dari al-Quran, as-Sunah, amalan as-Salafussoleh, Ahluz-zikr dan pengalaman ahli perubatan Islam yang muktabar. Perubatan Islam tidak sekali-kali mencampur-adukkan yang halal dan haram, dan menolak sepenuhnya semua kaedah yang mempunyai unsur syirik. Terdapat beberapa keadaan dan penyakit yang tidak boleh dirawat atau disembuhkan melalui ilmu dan kaedah perubatan moden. Di antaranya ialah gangguan jin, penyakit istihadah (terus menerus keluar darah dari faraj wanita), serangan sihir atau ilmu hitam, histeria, terkena badi, kerasukan syaitan dan jin, sebagainya. Ketika situasi begini ilmu dan kaedah rawatan Islam amat berkesan dalam mengambilalih peranan yang ditinggalkan oleh ilmu perubatan moden.
Ilmu perubatan Islam juga sangat besar peranannya untuk membentengi dan merawati manusia dari gangguan syaitan dan jin. Bahkan syaitan merasa agak berat jika berhadapan dengan orang yang berilmu. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, maksudnya “ Syaitan lebih susah menghadapi seorang fakih (berilmu) daripada menghadapi seribu orang yang abid (beribadat tanpa ilmu) “.
Ada orang yang ditimpa penyakit yang tidak dapat dikesan puncanya masalahnya. Maksudnya bila diperiksa oleh doktor perubatan moden, mereka tidak tahu apa jenis penyakitnya. Penyakitnya mungkin angkara perbuatan jin atau syaitan. Kalau ada orang yang mendapat penyakit seperti ini, tidak perlu dibawa berjumpa doktor pakar tetapi lebih baik diubati dengan perubatan Islam yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.






BENTENG PERTAHANAN DIRI

Ahli perubatan Islam yang berikhtiar untuk membantu masyarakat dalam menyelesaikan masalah penyakit yang dihidapi terutama yang berkaitan dengan serangan makhluk halus, memang terdedah kepada serangan-serangan musuh yang tidak dapat dilihat seperti jin dan syaitan. Untuk mempertahankan diri daripada serangan-serangan ini, terdapat enam kaedah untuk mendinding dan melindungi diri, keluarga dan harta benda :
 Pendinding dengan Surah al-Fatihah
• Amalkan bacaan Surah Al-Fatihah setiap hari selepas Solat Fardhu lima waktu.
• Niatkan bacaan Surah Al-Fatihah agar Allah SWT menjadikannya sebagai pendinding diri.

 Pendinding dengan al-Muawwizat
Al-Muawwizat bermakna pelindung-pelindung. Ia terdiri dari tiga surah iaitu :
• Surah Al-Ikhlas
• Surah Al-Falaq
• Surah An-Nas

 Pendinding dengan Ayatul Kursi
• Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf (seperti tanda wakaf dalam al-Quran Rasmi Uthmani).
• Selepas membaca Ayatul Kursi tiup di sekeliling mengikut pergerakan tawaf Kaabah, denga niat untuk melindungi diri.
• Baca Ayatul Kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf Kaabah) sama ada di dalam atau di luar rumah untuk melindungi rumah.

 Pendinding dengan Surah Yaasin Ayat 1 hingga Ayat 9

 Pendinding dengan Doa Berkubu

 Pendinding dengan Ayat Penggerak


KAEDAH RAWATAN;

MULAKAN SETIAP RAWATAN DENGAN ISTIGHFAR, SURAH AL-FATIHAH DAN SELAWAT
Keberkesanan sesuatu rawatan cara Islam bergantung penuh kepada keikhlasan pengamalnya kepada Allah SWT. Bagi mendapatkan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT, setiap rawatan perlu dimulakan dengan memohon ampun daripada Allah SWT, beristighfar tiga kali diikuti dengan membaca Surah Al-Fatihah dan selawat kepada Rasulullah S.A.W terlebih dahulu.

 RAWATAN DOA DAN AIR

Di samping membaca doa-doa dan ayat-ayat al-Quran, air digunakan sebagai bahan utama dalam rawatan. Doa-doa yang dibaca ditiupkan pada air dan tempat yang sakit. Umumnya air yang telah didoakan itu disapukan pada tempat yang sakit dan kemudiannya diminum. Jika perlu, boleh juga dicampurkan ke dalam air mandian untuk bilasan terakhir.

Jika pesakit berada di samping, tangan kanan ahli perubatan memegang tempat yang sakit manakala tangan kiri memegang botol air. Botol air dipegang berhampiran dengan mulut perawat, dibacakan dengan niat yang tulus ikhlas memohon Allah SWT menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Setelah selesai berdoa kemudian ditiup pada air di mulut botol.

Berikut disenaraikan jenis-jenis air yang boleh digunakan sebagai ikhtiar dalam rawatan penyakit mengikut turutan yang paling baik :

• Air Zamzam (yang paling afdhal).
• Air jernih biasa yang telah dibacakan Surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih
• Air dari kolah masjid yang digunakan untuk berwuduk
• Air hujan malam Jumaat yang ditadah terus dari langit
• Air mineral semulajadi
• Air RO (Reverse Osmosis)
• Lain-lain air mutlak yang jernih dan suci







IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT DENGAN AYAT-AYAT AL-QURAN DAN DOA-DOA

 Doa Asma
Untuk rawatan penyakit Asma, kombinasi bacaan doanya ialah :
• Surah Al-Fatihah
• Selawat Syifa’

 Doa Badi
Untuk rawatan pesakit yang terkena badi, kombinasi bacaannya ialah :
• Surah Al-Fatihah
• Ayatul Kursi dengan sembilan wakaf
• Al-Muawwizat (iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah An-Nas & Surah Al-Falaq)
• Jika masih tidak berkesan, tambah dengan bacaan Doa Menghindar Syaitan dan Selawat Tafrijiyyah

 Doa Barah
Untuk merawat pelbagai jenis Barah, kombinasi bacaannya ialah :
• Surah Al-Fatihah dengan satu nafas – kekalkan dengan tujuh wakaf walaupun satu nafas
• Surah Al-Ikhlas 4 kali baca dengan satu nafas – kekalkan dengan empat wakaf walaupun satu nafas
• Doa Mengecilkan Bengkak

 Doa Buah Pinggang
Untuk merawat pesakit Buah Pinggang, kombinasi bacaannya ialah :
• Surah Al-Fatihah
• Selawat Syifa’
• Surah As-Syu’araa: 130 ;





 Doa Buasir
Untuk rawatan penyakit Buasir, kombinasi bacaan doanya ialah :
• Surah Al-Fatihah
• Selawat Syifa’
• Selawat Tafrijiyyah

 Doa Gastrik
Untuk rawatan Gastrik, kombinasi bacaan doanya ialah :
• Surah Al-Fatihah
• Selawat Syifa’
• Doa sakit perut dan gastric

 Doa Kayap
Untuk rawatan penyakit Kayap, kombinasi bacaan doanya ialah :
• Surah Al-Fatihah
• Bismillah Lima
• Selawat Syifa’
• Doa rawatan sakit Barah

 Doa Koma
Untuk rawatan orang yang sedang koma supaya pulih, kombinasi bacaan doanya ialah :
• Surah Al-Fatihah
• Selawat Syifa’ tujuh kali
• Selawat Tafrijiyyah tujuh kali
• Doa rawatan Koma tujuh kali
• Sebagai tambahan elok juga ditambah dengan bacaan Yaasin Kafiat untuk rawatan koma

 Doa Lumpuh
Untu rawatan orang yang lumpuh, kombinasi bacaan doanya ialah :
• Surah Al-Fatihah
• Selawat Syifa’ tujuh kali
• Selawat Tafrijjiyah tujuh kali
• Doa rawatan lumpuh tujuh kali
• Doa Angin Ahmar
 Doa Sakit Mata Sebab Sihir
Untuk rawatan sakit mata sebab sihir, kombinasi bacaan doanya ialah :
• Surah Al-Fatihah
• Selawat Syifa’
• Doa menentang & merawat sihir
• Doa menentang syaitan
• Ruqyah Jibrail

 Doa Penyakit Yang Sukar Diubati
Untuk rawatan penyakit yang sukar diubati, kombinasi bacaan doanya ialah :
• Surah Al-Fatihah tujuh kali
• Selawat Syifa’ tujuh kali
• Selawat Tafrijiyyah tujuh kali
• Ulang semula Surah Al-Fatihah sekali
• Tujuh Syifa’

 Doa Sesak Nafas
Untuk melegakan pernafasan yang terganggu, kombinasi doa-doa berikut boleh dibaca :
• Surah Al-Fatihah
• Ayatul Kursi
• Al-Muawwizat (iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah An-Nas & Surah Al-Falaq)
• Surah Al-Insyirah
• Doa melegakan nafas








KELEBIHAN MENGAMALKAN ILMU DAN KAEDAH RAWATAN ISLAM

Mempelajari ilmu pengubatan Islam dan mengamalkannya juga merupakan sebahagian daripada dakwah. Dakwah yang paling besar ialah mengajak masyarakat supaya meninggalkan ilmu-ilmu pengubatan yang mengandungi unsur-unsur syirik yang tidak diakui sah oleh Islam seperti yang diamalkan oleh sebahagian daripada pengamal perubatan tradisional melayu.
Dalam menghadapi semua masalah penyakit, kita hanya merujuk kepada Allah SWT. DaripadaNya datang segala kebaikan, dan kejahatan tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah SWT. Ilmu pengetahuan setiap harinya ada mengungkap masalah-masalah yang sebelumnya tidak diketahui dan apabila sudah jelas akan jalan penyelesaiannya, maka selaku orang Islam seharusnya bertambahlah keyakinan kita bahawa apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah benar.
Belajar ilmu pengubatan Islam seelok-eloknya mendapatkan ijazah daripada guru. Sebagai mengambil contoh, Imam as-Shafie ketika berguru dengan Imam Waqi’ mendapatkan ijazah daaripada gurunya setelah tamat belajar. Ketika Imam as-Shafie belajar dengan Imam Malik, dia tidak dibenarkan memberi fatwa oleh Imam Malik sehingga dia diijazahkan.
Zikir-zikir, doa-doa dan ayat-ayat al-Quran yang digunakan di dalan perubatan Islam dapat mendekatkan diri pengamalnya dengan al-Quran, Allah dan rasulNya. Ini dapat menambahkan keimanan dan pemahaman pengamalnya dengan ilmu Allah yang luas dan dapat merungkai beberapa kelebihan dan misteri al-Quran yang harus dikaji, difahami dan diamalkan untuk kebaikan manusia sejagat umumnya dan umat Islam khususnya. Al-Quran adalah ubat bagi apa yang ada di dalam dada. Ia akan menghilangkan perasaan was-was, syahwat yang tidak baik, niat buruk dan segala buatan-buatan syaitan pada hati. Maka sebelum memasukkan ubat perlulah disingkirkan terlebih dahulu segala jenis kekotoran dan penyakit yang ada di dalam hati. Tujuannya ialah supaya ubat yang masuk itu lebih meresap dan membawa kesan yang baik.
Memperbanyakkan zikir sememangnya senjata yang paling ampuh untuk menghadapi syaitan dan gangguannya. Itulah sebabnya Nabi Yahya pun pernah memberi pesan lima perkara kepada Bani Israil, iaitu di antaranya, “ Aku menyuruh kamu supaya banyak berzikir kepada Allah. Berzikir samalah seperti seorang lelaki yang pergi menghadapi musuh. Tatkala dia berada dalam kepungan musuh, dia dapat menyelamatkan dirinya. Begitu juga halnya dengan manusia, tidak akan sanggup melepaskan diri dari kepungan syaitan kecuali dengan berzikir kepada Allah “.

Testimoni

Pengaruh Jin Dalam Kehidupan Seharian

PENGARUH JIN DALAM KEHIDUPAN HARIAN

KERIS DAN KEPERCAYAAN KHURAFAT
Keris sememengnya begitu sinonim dengan orang melayu. Ia mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam kehidupan masyarakat pada zaman dahulu sebagai senjata utama pendekar dan pahlawan melayu. Malah keris juga menjadi identity sesuatu suku di mana seseorang itu dapat dikenali dari suku atau Negeri mana hanya dengan melihat rupa bentuk kris yang dipakai.
Berbagai-bagai cerita lagenda tentang keris kita dengar. Antaranya keris Taming Sari dimana siapa sahaja yang menggunakannya tidak akan boleh dikalahkan. Ada juga keris yang diceritakan boleh terbang. Ada juga keris yang diceritakan akan bergegar apabila berlaku sesuatu yang tidak baik. Ada juga pemilik keris atau ahli keluarganya akan ditimpa sakit sekiranya keris itu terbiar atau tidak di”mandikan” mengikut masa-masa tertentu.
Secara umumnya keris itu hanyalah besi biasa sahaja. Cuma ia dibentuk menjadi sedemikian rupa mengikut kemahiran tukang besi yang membentuknya. Dihiasi pula dengan ukiran pada hulu keris dengan lambang-lambang tertentu. Tetapi bagaimana keris-keris tersebut dikatakan mempunyai hikmat dan kuasa-kuasa tertentu?
Ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh kepecayaan orang melayu zaman dahulu. Sama ada pada zaman purba yang berkepercayaan animisma atau pada zaman sebelum islam di mana kebanyakkan mereka menganut agama hindu. Pada dua zaman ini kehidupan mereka amat berkait rapat dengan pemujaan dan penyembahan. Maka tidak terkecuali pada keris yang menjadi alat senjata utama ketika itu. Mereka memuja keris tersebut bagi mendapatkan hikmat dan kelebihan-kelebihan tertentu. Ini termasuk mengasap kemenyan, membasuh (memandikan) dengan limau da nada juga yang disemah dengan darah.
Ini sebenarnya adalah kerja pemujaan jin dan syaitan. Apabila dipuja maka jin dan syaitan akan menjadi khadam kepada keris tersebut. Sebab itulah itu dikatakan keris tersebut boleh terbang atau bergerak-gerak sendiri. Ia seolah-olah ada hikmat yang dapat membantu pemilik keris menjadi seorang pendekar terulung yang amat sukar ditewaskan. Tetapi itu semua dalah bantuan makhluk ghaib tersebut. Maka apabila orang sudah mengakui keris ada kuasa-kuasa tertentu maka ia sudah syirik kepada Allah. Inilah matlamat syaitan untuk menyesatkan manusia.

KUDA KEPANG DAN MAIN BUBU
Kuda kepang adalah permainan rakyat yang begitu terkenal di Johor. Asas kepada permainan ini ialah satu model kuda iaitu kepala, leher, dan badannya yang diperbuat daripada kulit atau kotak. Model ini ditunggang oleh orang terlibat dalam permainan tersebut . Terdapat beberapa orang terlibat dalam satu-satu persembahan kuda kepang ini. Mereka akan menari tarian kuda kepang yang akan diiringi oleh muzik tertentu.
Kemuncak persembahan tersebut ialah apabila penunggang tersebut “pejam mata” dan tidak sedar diri. Tetapi dalam keadaan tersebut mereka masih boleh menari dan jika ada penonton yang bersiul mereka akan melompat tinggi kearah orang yang membunyikan siul tersebut. Ketika ini suasana akan dikawal oleh beberapa orang dalam kumpulan tersebut. Apabila ada yang membahayakan mereka akan ditangkap dan dibacakan sesuatu sehingga ia sedar dan serta merta keletihan. Begitu juga kesudahan persembahan tersebut apabila semua yang terlibat disedarkan dan semua mereka terbaringg keletihan.
Persoalan yang menyelubungi budaya ini ialah kuasa siapakah yang berperanan apabila orang tersebut pejam mata (tidak sedar diri)? Mengapa orang tersebut akhirnya perlu disedarkan? Dan bagaimana mereka yang begitu gagah, tangkas, dan aktif di gelanggang tiba-tiba jadi lemah longlai apabila disedarkan?
Hal dan keadaan mereka ini ada persamaanya dengan mereka yang dirasuk oleh jin. Oleh itu apakah ini juga merupakan kerja-kerja jin yang dipuja untuk masuk kedalam orang yang menjayakan aktiviti tersebut.
Begitu juga dengan tradisi memuja bubu di perak. Ini satu budaya masyarak nelayan yang pekerjaan mereka menagkap ikan. Oleh itu pada masa-masa tertentu merekan akan mengadakan majlis memuja bubu untuk mendapatkan tangkapan yang banyak. Dalam upacara tersebut sebuah bubu didirikan kemudian ditutup dengan kain kuning. Setiap penjuru kain itu dipegang oleh seorang nelayan. Setelah dibacakan mentera tertentu maka bubu tersebut menari-nari , melompat, melenggok ke kiri dan kanan dan sebagainya.
Siapakan yang berperanan menggerakkan bubu tersebut sedangkan ia dibuat hanya dari bilah-bilah buluh dan muncungnya ditutup dengan tempurung? Ia tentunya digerakkan oleh makhluk ghaib yang manusia tidak Nampak. Tetapi mustahil malaikat yang melakukannya kerana mereka sudah ada tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Allah.

TUKANG TILIK
Tukang tilik dan ahli nujum adalah golongan manusia yang menggunakan jin dan syaitan untuk mendapat kepentingan duniawi. Golongan ini mendapat bisikan daripada jin dan syaitan yang mampu menyesatkan akidah mereka. Al-syeikh Mohd Mutawalli al-sya’rawi menjelaskan pengetahuan jin tentang perkara ghaib bukan pekara yang akan datang kerana mereka boleh bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan cepat dan laju. Secara mutlak mereka memang tidak mengetahuinya. Secara umum apa yang diperkatakan oleh mereka pembohongan semata-mata. Ini semata-mata mainan tukang nujum/tukang tilik yang mencari peluang untuk mengaut keuntungan daripada mereka yang mempunyai berbagai-bagai masalah sehingga golongan beriman sanggup mengeluarkan wang beribu-ribu ringgit semata-mata untuk mendengar tiupan helah golongan yang tidak bertanggungjawab itu. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya ;- “Tukang tilik dan tukang nujum tetap berdusta walaupun apa yang mereka bawa itu benar”.

PEMUJAAN KUBUR
Kegiatan pemujaan kubur untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri seperti nombor ekor telah lama wujud meliputi semua bangsa. Amalan khurafat ini jelas menyesatkan akidah yang membawa perbuatan syirik.
Golongan jin dan syaitan dipuja agar dapat membantu golongan manusia. Pelbagai cara dan barangan digunakan untuk mendapatkan apa yang dihajati.
Pemujaan ini menyebabkan jin dan syaitan berasa bongkak kerana manusia memerlukan bantuan mereka. Disini golongan jin kafir akan terus menyesatkan akidah manusia.mengiktiqadkan (menyakini) bahawa seseorang itu mengetahui perkara ghaib hasil komunikasi dengan jin adalah berdosa, sesat dan bertentangan dengan akidah islam yang sebenar. Pengetahuan mengenai yang ghaib itu urusan Allah s.w.t semata-mata.
Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang bomoh-bomoh jawab baginda “mereka tidak apa-apa”. Sahabat bertanya lagi “ Ya Rasulullah, mereka mengatakan sesuatu yang kemudian berlaku sesuai dengan apa yang mereka katakana” jawab nabi “kata-kata mereka ada benarnya. Sebab jin mendengarkan berita secara sembunyi-sembunyi lalu menambahnya dengan seratus pembohongan.” Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.
Kubur juga selalu dijadikan tempat sembelihan haiwan untuk memberi jin makan. Binatang yang disembelih itu selalunya bewarna hitam kerana jin sukakan warna hitam. Penyembelihan dilakukan tidak dengan menyebut nama Allah.
Bangkai haiwan tersebut dicampak ke tempat tinggal jin dengan jampi serapah syirik. Setelah itu jin tersebut bersedia untuk menunaikan janji pemuja kubur tersebut. Kadangkala kubur orang-orang soleh tercemar dengan amalan syirik ini.

PAWANG DAN BOMOH
Pawang dan Bomoh sangat terkenal dengan kehidupan masyarakat melayu. Mereka menjadi rujukan ahli masyarakat apabila berlaku musibah atau ditimpa penyakit. Mereka bukan sahaja disanjung kerana boleh mengubati penyakit-penyakit tetapi juga dalam menyelesaikan masalah-masalah masyarakat. Kononya mereka boleh membantu anak-anak dara yang lambat dapat anak, mencari barang yang hilang atau dicuri orang, membuat azimat pelaris perniagaan dan berbagai-bagai lagi.
Kebanyakan Bomoh dan Pawang ini menggunakan kaedah jampi serapah, pemujaan dan menurun dalam perubatan mereka. Ada juga menggunakan keris-keris dan batu-batu hikmat. Tidak ketinggalan dalam pengubatan mereka akan membakar kemeyan . Malah ada juga dalam pengubatan mereka pesakit perlu melakukan sembelihan atau jamuan, bukan kepada manusia tetapi kepada makhluk ghaib.
Daripada kaedah rawatan dan peralatan ynag digunakan Bomoh dan Pawang ini jelas menunjukkan bahawa mereka bekerjasama dengan jin. Asap kemeyan adalah merupakan kegemaran jin. Manakala kaedah menurun jelas mununjukkan jin menyusup masuk kedalam diri manusia. Mereka mendakwa yang hadir itu adalah roh para wali, orang-orang soleh dan sebagainya. Tetapi itu semua adalah pembohongan kerana roh-roh orang telah meninggal dunia berada di alam barzakh. Maka yang hadir itu adalah jin yang mengaku sebagai roh para wali atau orang soleh.
Percaya dan yakin kepada pawing dan bomoh ini sangat bahaya. Hal tersebut boleh membawa kepada syirik. Mereka yang bekerjasama atau menggunakan jin ini pada hakikatnya adalah utusan-utusan syaitan. Mereka menjadi perantara untuk syaitan menyesatkan manusia. Memang kerja syaitan menyesatkan manusia agar sama-sama masuk neraka di akhirat nanti.

Alam Jin

Alam Jin Menurut Al Qur’an & As Sunnah

Jin dikenakan kewajiban seperti halnya manusia. “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku” (Adz Dzaariyaat : 56)
Jin ada yang muslim dan ada juga yang kafir. “Dan sesungguhnya di antara kami ada orang orang yang soleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.” (Al Jin : 11)
Jin itu diciptakan lebih dahulu daripada manusia. “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas”. (Al Hijr : 26-27)
Jin adalah satu bangsa yang besar dan berpuak-puak, dan Iblis termasuk salah satu dari bangsa jin. “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang orang yang zalim.” (Al Kahfi : 50)
Manusia lebih mulia daripada jin. “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang orang yang kafir.” (Al Baqarah : 34). Oleh kerana itu apabila ada manusia yang memohon pertolongan kepada jin, maka ia membuat jin semakin sombong, takbur, dan besar kepala.
Jin, termasuk Iblis beserta kaumnya tidak boleh dilihat oleh mata kasar kita. Manusia tidak boleh melihat jin (dalam rupa aslinya). “Hai anak Adam, janganlah sekali kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan itu pemimpin pemimpin bagi orang orang yang tidak beriman.” (Al A’raaf : 27)
Manusia itu dapat dirasuki oleh jin, dengan kata lain kerasukan. “Orang orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.” (Al Baqarah : 275)
Jin atau syaitan itu ada yang lelaki dan ada yang perempuan dan mereka sama dengan kita, berkahwin dan bercampur antara lelaki dan perempuan. “Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki jin, maka jin jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Al Jin : 6).
Bangsa jin itu juga makan seperti kita, hanya makanannya yang tidak sama dengan makanan kita dan adakalanya dia mencuri makanan kita sebagaimana syaitan mencuri makanan zakat dari Abu Hurairah yang diperintah oleh Rasulullah S.A.W. untuk menjaganya. Makanan jin di antaranya adalah tulang dan kotoran, makanan manusia yang tidak menyebut nama Allah, dan minuman yang terlarang.
Syaitan juga bermalam dan mempunyai tempat tinggal, ada kalanya mereka tinggal di rumah kita. Untuk itulah perlu membaca do’a ketika masuk rumah agar syaitan tidak bermalam di rumah kita.
(Sumber : Alam Jin Menurut Al Qur’an dan As Sunnah (Bantahan terhadap buku : Dialog Dengan Jin), penulis : Abdul Hakim bin Amir Abdat, penerbit Darul Qolam, Cetakan II, Tahun 2004, Halaman ii + 146)
















Permulaan Terciptanya Jin
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia berkata, “ Jin merupakan penghuni bumi dan malaikat penghuni langit. Merekalah yang memakmurkannya. Di setiap langit ada para malaikat yang mendirikan shalat, bertasbih dan berdoa. Para malaikat di setiap tingkat langit yang lebih tinggi memiliki ibadah, tasbih dan doa yang lebih banyak daripada tingkatan di bawahnya. Jadi pari malaikat merupakan penghuni langit dan jin penghuni bumi”
Jin telah diciptakan dua ribu tahun sebelum penciptaan Adam A.S
Asal-usul Jin dan Manusia.
- “ Dan, Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas”
(Al-Hijr: 27)
- “Dan Dia menciptakan jin dari nyala api”
(Al-Rahman: 15)
- “Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”
(Al-A’raf: 12)


Rupa Bentuk Tubuh Jin
“Jin merupakan bentuk yang dapat berubah-ubah dan susuk tubuh yang diserupakan. Ia boleh menjadi lembut dan kasar. Sementara golongan Mu’tazilah berpendapat, jin memiliki tubuh yang lembut, kerana kelembutannya itu kita tidak dapat melihatnya.”

Jenis-Jenis Penyakit



1. Gangguan jin akibat perbuatan sihir
Di sini makhluk jin memasuki badan manusia bertujuan untuk menyakitkan tubuh fizikal dan gangguan emosi dan mental seseorang. Ilmu – ilmu sihir dan ilmu santau banyak menggunakan jin sebagai medium perantaraan di antara tukang-tukang sihir dan mangsa yang kena sihir. Di sini tukang sihir akan mengarahkan atau menyuruh jin-jin yang di bawah kuasa mereka untuk membawa benda-benda sihir atau racun-racun santau ke dalam badan pesakit bertujuan untuk menyakitkan seseorang itu.

2. Gangguan jin ke atas tubuh seseorang akibat kelemahan iman atau ketahanan diri atau lemah semangat seseorang.
Roh yang sakit atau lemah akibat iman yang lemah kerana ingkar mengikut perintah Allah, atau banyak melakukan dosa dan maksiat, meninggalkan sembahyang, minum arak atau melakukan penzinaan, ini menyebabkan seseorang itu senang untuk didampingi oleh makhluk-makhluk halus. Usia yang lanjut bukan faktor yang utama membolehkan makhluk-makhluk jin tersebut menyerang manusia kerana ketahanan diri yang sebenarnya terletak kepada kekuatan iman yang membentuk kekuatan roh. Kekuatan inilah yang menjadi benteng utama bagi mempertahankan diri kepada gangguan jin-jin dalam kehidupan seharian atau ketika sakaratul maut.

3. Gangguan jin akibat amalan seseorang itu memuja jin-jin dengan sengaja atau pun tidak sengaja seperti dilakukan ketika membaca jampi, mentera atau serapah.
Mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin, seperti amalan kebatinan mempertahankan diri, ilmu kebal, susuk, ilmu yang berkaitan dengan permainan teater tradisional atau berubat dengan bomoh/pawang/tukang ubat yang pada hakikatnya berdampingan dengan jin-jin atau roh-roh tersebut.

4. Gangguan jin terhadap pesakit terencat akal semenjak lahir.
Anak-anak yang mengalami penyakit terencat akal selalunya diganggu oleh makhluk halus. Ini disebabkan daya pertahanan mereka lemah kerana tiada kesempurnaan akal dalam pemikiran mereka. Di sini jin dan syaitan mudah mengambil kesempatan untuk menguasai tubuh badan mereka. Kebanyakkan pesakit yang menghadapi penyakit terencat akal (contohnya anak-anak sindrom down) terdapat gangguan jin di dalam tubuh badan terutama di bahagian otak dan urat saraf.

5. Penyakit fizikal yang disebabkan oleh gangguan jin.
Terdapat beberapa jenis penyakit fizikal seperti strok (sakit angin ahmar), sakit buah pinggang (nephronic syndrome) dan penyakit SLE, sakit cancer seperti busong. Punca penyakit-penyakit ini adalah kerana gangguan makhluk halus yang memasuki tubuh badan pesakit dan menyerang anggota-anggota badan yang tertentu seperti otak, buah pinggang, urat saraf dan sebagainya.
6. Gangguan saka ialah gangguan jin yang datang dari asalnya dibela oleh keturunan keluarga pesakit.
Saka bererti bahawa salah seorang daripada keturunan teratas pesakit seperti datuk, nenek, ibu atau bapa yang mempunyai atau mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin atau bantuan-bantuan jin. Jin-jin ini akan berpindah kepada keturunan yang berikutnya apabila waris yang asal meninggal dunia. Ini berlaku apabila waris yang mati itu tidak sempat membuang ilmu yang diamalkan atau tidak membebaskan jin-jin yang mendampinginya sebelum waris itu meninggal dunia.

Pengenalan

RAHSIA ALAM JIN DAN SYAITAN

Manusia yang beriman kepada Allah dan rasulNya akan meyakini kewujudan makhluk alam ghaib yang tidak mampu dilihat mahupun dikesan oleh pancaindera kita yang lima. Makhluk yang dikenali sebagai jin dan iblis serta syaitan itu juga boleh diertikan sebagai mahkluk halus kerana sifatnya yang tidak dapat dilihat secara fizikal oleh pandangan mata kasar.

Perihal perkara sami’yat perlulah menjadi kepercayaan orang-orang yang bertakwa. Firman Allah Taala di dalam surah Al-Baqarah ayat 1-3 yang bermaksud:

“Alif, lam, mim. Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datang daripada Allah dan kesempurnaanNya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”

Rujukan kepada al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W. akan menemukan kita kepada istilah-istilah yang sama. Al-Quran menyebut syaitan atau syayatiin, jin atau jinnah, qarin, ibis, ifrit dan sebagainya. Dalam hadith yang sahih kita akan berjumpa dengan istilah Ummu Sibyan, Khanzab, aamir, ‘Ammar, Alwalahan, Mukhannas dan Mukhannathuun. Semuanya merujuk kepada wujudnya makhluk-makhluk halus ataupun roh-roh jahat yang menggangu manusia dengan pelbagai cara.

Asal usul jin berdasarkan dalil yang termaktub di dalam al-Quran dalam surah ar Rahman ayat 15 bermaksud:

“Dan Dia (Allah) menciptakan jin daripada nyalaan api.”

Al Hijr ayat 27 bermaksud:

“Dan Kami (Allah) menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”

Al A’raf ayat 12 bermaksud:

Allah berfirman “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud ( kepada Adam) pada waktu Aku menyuruhmu?” Iblis menjawab “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku daripada api sedang dia Engkau ciptakan daripada tanah.”

Jin terdiri daripada kepelbagaian kaum dan puak. Menganut pelbagai agama seperti Islam, Kristian, Yahudi dan sebagainya.

Diriwayatkan dalam sebuah hadith dari Abu Tha’labah RA telah berkata: bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda bermaksud:

“Jin itu mempunyai tiga jenis; satu jenis yang mempunyai sayap yang berterbangan di udara, satu jenis yang berupa ular dan anjing dan satu jenis yang berpindah randah.”

Jin tinggal di tempat-tempat seperti:
1.Tempat sunyi dan sepi daripada manusia.
2.Tempat yang kotor.
3.Tempat-tempat yang berlubang

Makanan dan minuman jin adalah seperti:
1.Tulang.
2.Kotoran binatang.
3.Asap.

Kewujudannya yang menjadi acaman kepada kehidupan manusia telah diperakui dalam catatan sejarah penciptaan manusia sepertimana terkandung di dalam Maidatur Rahman; al-Quran al Karim. Bapanya yang asalnya bernama Azazil telah bersumpah di hadapan Allah Taala dengan keegoaannya untuk memusnahkan anak Adam yang kemudiannya menerima laknat Allah lantas dipanggil iblis. Kebelakangan ini, kita dapati dan telah mula menyedari peningkatan kes yang dikaitkan dengan penglibatan secara langsung makhluk ini dengan pelbagai gangguan serta penyakit. Antaranya, termasuklah kes-kes kerasukan, barah yang ganjil, sakit pada anggota badan yang tidak dapat dikesan oleh pakar perubatan serta peralatan moden pada zaman ini.

Hakikat makhluk-makhluk halus merupakan suatu realiti yang wujud dan kebolehannya menguasai manusia dan kebolehan manusia mengatasi makhluk tersebut dijelaskan di dalam al-Quran yang ditafsir dalam kitab-kitab tafsir yang muktabar. Ini menunjukkan betapa banyaknya makhluk ini berkongsi hidup dengan kehidupan manusia di alam ini. Pengetahuan dan pendedahan kepada alam ghaib semakin tidak dipedulikan dan dianggap perkara yang remeh ,fantasi dan mitos semata-mata. Ia adalah lantaran terpengaruh dengan ideologi Yahudi yang menolak keimanan kepada perkara ghaib seperti rasionalisme, sainstologi dan sebagainya.

Jin dan manusia ini sentiasa bermusuh-musuhan dengan pelbagai cara digunakan oleh kedua-duanya dalam strategi untuk mengatasi antara satu sama lain. Maka, al-Quran adalah sumber perubatan Islam yang terulung berdasarkan kepada 6 perkatan as Syifa’ di dalam al-Quran beserta dalil.

Firman Allah Taala di dalam surah al Isra’ ayat 82 bermaksud:

“Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

Al Hadith sepertimana pernah pada suatu peristiwa yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA bahawa Rasulullah S.A.W. pernah masuk ke dalam rumahnya ketika beliau sedang diubati dan dijampi oleh seorang wanita, lantas Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Ubatilah ia dengan Kitab Allah (al-Quran)”

Adakah makhluk halus berupaya mendatangkan kesengsaraan kepada manusia seperti penyakit? Al-Quran menjelaskan dalam surah Sad ayat 41 yang bermaksud:

“Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba kami Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata, “Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kepayahan dan seksaan penyakit.”

Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih, khususnya darpada al-Quran dan al Sunnah bahawa Allah menjelaskan makhluk halus seperti jin, ifrit dan sebagainya boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada anak Adam dalam situasi tertentu. Dalam sebuah hadith sahih menceritakan syaitan dan suku-sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila.

Dalam hadith lain riwayat Muslim mengisahkan tentang seorang pemuda yang baru berkahwin menyertai Rasulullah S.A.W. mengorek parit dalam peperangan Ahzab. Pada waktu tengah hari beliau memohon izin daripada Rasulullah S.A.W. untuk pulang, namun Rasulullah S.A.W. keberatan utuk mengizinkannya. Namun atas desakannya, dia diizinkan oleh Rasulullah S.A.W. Bagaimanapun Rasulullah S.A.W. mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah, beliau mendapati isterinya berada di luar rumah. Dilihat di dalam rumahnya ada seekor ular hitam yang besar lalu pemuda tersebut terus menusuk ular itu dengan tombaknya. Ular itu menggelupur dan dengan tidak semena-mena, pemuda tersebut turut menggelupur. Akhirnya ular dan pemuda tersebut menemui ajal.

Suatu peristiwa lain, dalam Musnad Imam Ahmad. Ya’la bin Murrah menceritakan sebuah kisah daripada bapanya. Suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit al-lamam (akal yang bercelaru atau gila). Rasulullah S.A.W. merawatnya dengan membaca sesuatu lalu baginda Rasulullah S.A.W. menepuk belakangnya. Pemuda itu memuntahkan objek kehitam-hitaman dan objek itu terus menghilang. Selepas itu, pemuda ini kembali siuman seperti biasa.

Antara punca-punca persengketaan yang disebabkan oleh jin:
1.Jin lelaki yang jatuh cinta kepada manusia dan begitulah sebaliknya.
2.Kezaliman jin yang sengaja mencari permusuhan dengan mengganggu manusia.
3.Hasad dengki jin terhadap manusia yang mempunyai kelebihan berbanding mereka.

Antara punca-punca yang disebabkan oleh manusia:
1.Tindakan zalim manusia terhadap golongan jin seperti tersiram air panas yang memudaratkan jin.
2.Sikap manusia yang takkabur dan bermulut lancang sehingga mengguris perasaan sesetengah jin.

Keadaan manusia yang memudahkan jin memasuki tubuh badab manusia, sebagai contoh:
1.Terlalu marah
2.Terlalu takut
3.Nafsu syahwat yang sangat tinggi
4.Terlampau lalai
5.Manusia yang banyak mempelajari ilmu agama dan sentiasa taat kepada Allah Taala.